Pendahuluan

Blog AL-AZKAR.BLOGSPOT.COM  ini pada asalnya adalah sebuah buku bersaiz poket berjudul AL-AZKAR (HIMPUNAN ZIKIR & DOA HARIAN) yang telah diolah kepada versi blog. 

Buku AL-AZKAR ini pada asalnya berjudul AL-AZKAR AL-MUHAMMADIAH adalah buku himpunan zikir dan doa yang dihimpun dan disusun berdasarkan tuntutan harian semasa khususnya para pelajar di pusat-pusat pengajian pondok.

Dengan taufik Allah buku ini mendapat sambutan menggalakkan, oleh itu diulang cetak beberapa kali dengan beberapa penegemaskinian dan penyusunan baru tajuk-tajuk serta penelitian semula bacaan zikir dan doa dengan mengutamakan bacaan ma'thur.

Pihak penyusun mengharapkan dengan terbitnya edisi rumi saiz poket ini dengan beberapa tambahan serta susunan baru dapat meluaskan penyebarannya serta dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai lagi masyarkat Islam

Sebarang kesilapan ilmiah atau teknikal diharap mendapat teguran yang membina daripada semua pihak



UNIT PENERBITAN & DAKWAH
PONDOK SUNGAI DURIAN.

SELASA,
11 ZULQAEDAH 1423 h
14 JANUARI 2003 M



DI EDIT OLEH:
محمد ذكري بن مد حسين
SABTU,
29 NOVEMBER 2008

Blog Widget by LinkWithin