Pendahuluan

Blog AL-AZKAR.BLOGSPOT.COM  ini pada asalnya adalah sebuah buku bersaiz poket berjudul AL-AZKAR (HIMPUNAN ZIKIR & DOA HARIAN) yang telah diolah kepada versi blog. 

Buku AL-AZKAR ini pada asalnya berjudul AL-AZKAR AL-MUHAMMADIAH adalah buku himpunan zikir dan doa yang dihimpun dan disusun berdasarkan tuntutan harian semasa khususnya para pelajar di pusat-pusat pengajian pondok.

Dengan taufik Allah buku ini mendapat sambutan menggalakkan, oleh itu diulang cetak beberapa kali dengan beberapa penegemaskinian dan penyusunan baru tajuk-tajuk serta penelitian semula bacaan zikir dan doa dengan mengutamakan bacaan ma'thur.

Pihak penyusun mengharapkan dengan terbitnya edisi rumi saiz poket ini dengan beberapa tambahan serta susunan baru dapat meluaskan penyebarannya serta dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai lagi masyarkat Islam

Sebarang kesilapan ilmiah atau teknikal diharap mendapat teguran yang membina daripada semua pihak



UNIT PENERBITAN & DAKWAH
PONDOK SUNGAI DURIAN.

SELASA,
11 ZULQAEDAH 1423 h
14 JANUARI 2003 M



DI EDIT OLEH:
MOHD ZIKRI BIN MAT HUSSIN
SABTU,
29 NOVEMBER 2008

34 comments:

Nur Syikri Bin Harun said...

Assalamualaikum...

Ribuan terima kasih dan tahniah kepada yang berbahagia ustaz kerana menyediakan azkar yang menjadi keperluan para imam dan bilal khususnya dan para muslimin dan muslimat khususnya.

Semoga Allah Ta'ala sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik tuan demi berkhidmat untuk agama-Nya.

-Imam Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun, Terengganu-

Abu Asma` Sofiadie said...

Assalamualaikum,

semoga dengan adanya blog ini ianya dapat dimanfaatkan dengan sempurna.

Ana nak meminta izin untuk mengambil bebrapa mutiara dalam blog ini dan di terbitkan dalam bentuk buku dan di masukkan di dalam web.

syukran laka ya ustaz.

wassalam

Abu Asma` Sofiadie said...

assalamualaikum.

terima kasih kerana menyediakan info yang bermanfaat.

saya bercadang hendak mengambil beberapa mutiara yang berharga dalam web ini dan menjadikanya sebuah buku dan memasukkan beberapa perkara di dalam web saya.

semoga ustaz memberi izin dan kalau boleh kita-kitab lain dapat diterjemahkan pada versi digital seperti ini.

sekian,
wassalam

AbeG said...

Waalaikumusalam. Terima kasih kepada semua dan kepada sesiapa yang ingin mengambil kandungan blog ini, saya persilakan.

albakr allatifi said...

Assalamualaikum,
Selamat menyambut ramadhan kareem Ustaz.Semoga Ustaz dilimpah kebajikan dan rahmah kerana usaha murni ini. Saya ingin link kan laman ini kepada blog saya. Semoga ada keizinan dari pihak ustaz.

sekian
wassallam.

[Azizan Ramly] said...

Alhamdulillah

Segala puji dan puja hanya pada Allah, tuhan sekalin alam.

Sekalung tahniah kepada pengurusan blog ini, diatas penghasilan Al-Azkar. Mudah-mudahan usaha diberkati dan diredhai Allah dan diberi ganjaran setimpal dan dilipat-lipat gandakan.

Mohon izin untuk dilistkan blog ini ke dalam blog sy

syukran

w a n said...

boleh ajar cara bersuci x????

wan said...

salam ustaz..mcm mane nk dapatkan koleksi buku doa-doa ini ye?

wan said...

salam..dari mana ye utk sy dapatkan buku-buku doa ini?blh tlg sy x?

Emmer_Zarith said...

Assalamualaikum.

Blog ini amatlah berguna bagi saya yang sedang belajar menjadi insan yang lebih baik.

Semoga Allah SWT dapat membalas segala kerahan kudrat,perkongsian ilmu mahupun bantuan nasihat yang diberikan tuan kepada sahabat seMuslim.

Terima kasih.
-Edzuan_

sukesukesuke said...

Terima kasih dan mohon untuk copy atau link.

Putera Jebat said...

Assalamualaikum....
Mohon copy mana2 kandungan blog ini untuk hafalan, semoga diberkati dunia dan akhirat amin.

Putera Jebat said...

Assalamualaikum...
Mohon copy mana2 kandungan dari blog ini untuk hafalan, semoga berkati ilmu ini untuk amalan dunia dan akhirat, amin.

mohd wira andika said...

doa surah al waqiah tu.selepas baca surah al waqiah ke..atau surah tu bagi muslimin atau muslimah yang tidak berapa nak pandai.

mohd wira andika said...

surah al waqiah bukan panjang ke ustaz..saya ni jenis cetek sikit..doa al waqiah tu maksudnya ape ye ustaz..adakah itu surah al waqiah yang di pendekkan.atau doa selepas membaca surah al waqiah..

mohd wira andika said...

surah al waqiah yg ustaz pamerkan tu sekadar doa selepas membaca surah al waqiah ke atau boleh dibaca terus tanpa surah al waqiah?? saya kurang paham..

AbeG said...

Salam.. Doa tu dibaca selepas saudara membaca Surah Al Waqiah.

Bin Hashim said...

Minta izin untuk mengambil bahan-bahan dalam blokspot ini. Semoga ianya menjadi jariah dan bekaln ke akhirat nanti

Bin Hashim said...

Asalamualaikum...

Mohon kebenaran daripada ustaz untuk menyalin dan print bahan-bahan yang ada dalam blog.spot ini untuk kegunaan di bulan Ramadhan dan amalan harian.

Semoga usaha ustaz dalam perkara ini dapat membantu saudara seagama dalam membuat rujukan dalam hal-hal perkara ibadat dan sebagainya.

Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan dan usaha murni ustaz.

- Abdul Hamid, Pelangi Damsara, Petaling Jaya, Selangor.

Bin Hashim said...

Minta kebenaran ustaz untuk mengambil bahan-bahan dalam blogspot ini.

Allah sahaja yang dapat membalas usaha murni yang berbahagian ustaz.

Jazakallah bikhair.

Abdul Hamid,
Pelangi Utama, Petaling Jaya

Sabri Ismail said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima kasih kerana sudi berkongsi.
Minta izin utk copy/cetak utk amalan.

Wassalam,

UNiC Online said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ustaz,

Saya minta izin untuk mengambil beberapa doa dari blog ini untuk disiarkan semula di blog saya untuk kebaikkan bersama.

Terima kasih.

UNiC Online said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ustaz,

Saya minta izin untuk copy n paste doa yang terdapat di blog ustaz ini untuk diletakkan di blog saya untuk manafaat serta kebaikkan kami semua. InsyaAllah.

Terima kasih.

Tash said...

Saya ada mendengar ceramah Agama pada waktu pagi yg menyebut tentang doa Saidina Ali, mengenai memohon murah rezeki, yg diajar sendiri oleh Rasulullah kepada beliau... Bolehkah Ustaz memasukkan doa tersebut ke dalam ruangan ini... Dan juga, saya dapati ruangan ini sgt bermanafaat kepada semua, dn semoga Allah merahmati ustaz dan semua yg terlibat di dalam penghasilan website ini...

Jazakallah khairan kathiran..

nabilah shukri said...

assalamualaikum, minta izin ya ambil doa-doa dan kongsi kepada rakan-rakan. semoga allah memberkati ilmu ini untuk amalan dunia dan akhirat, amin.

syidah syida said...

assalamualaikum..

sy nak mintak copy ayat2 yg ada utk sy nk print nt..sy nk amek panduan dan blh berikan kat family sy...

saha said...

Assalamualaikum


Semoga Allah Ta'ala sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik tuan demi berkhidmat untuk agama-Nya Ana nak meminta izin untuk mengambil dan mengamalkan segala ilmu dalam blog ini dan sebarkan pada rakan2

syamzari said...

Assalamualaikum,

Minta izin daripada tuan untuk mengambil sedikit ayat-ayat untuk rujukan sendiri. Moga ALLAH membalas tuan dengan pahala yang berlipat ganda. ameen

syamzari said...

Minta izin daripada tuan untuk mengambil sedikit ayat-ayat untuk rujukan sendiri. Moga ALLAH membalas tuan dengan pahala yang berlipat ganda. ameen

JeffalQura said...

Moga Allah Redho pada tuan dan keluarga tuan....

Kelapa Parut said...

Mohon izin untuk download dan share kandungan blog ni, tq.

Maaruf Bussri said...

Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Saya memohon keizinan dari ustaz untuk memuat turun isi kandungan dalam blog ini.

Maaruf Bussri said...

Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian berharga ini. Saya memohon keizinan dari ustaz untuk memuat turun isi kandungan zikir dalam blog ini.

rareorigin said...

Assalam...
Ternyata usaha yang sgt baik untuk kebaikan ummah...Teruskan berbakti dan semoga usaha pihak anda akan diberi ganjaran yg sgt besar disisi Allah swt.

Mohon izin berkongsi paparan ilmu disini utk tatapan rakan2 saya diluar sana..

Assalam

Blog Widget by LinkWithin